Assalamualaikum . ABCD bloodtype.October 4th,2000,Malaysian I proud become a Muslim, and i love ice cream very much. I proud become a crazy Exotic, V.I.P and huge fan of Prophet Muhammad.One of PBS victims. ^-^ ( more..? )

about


tagboard


Cita Citaku Novelis.(Carpen Pertama Saya Buat!).
Wednesday 18 July 2012 @ 17:33 | Leave a comment?

     Pagi yang sungguh damai lagi permai.Khirrun Ariana Arina Hanani binti Tengku Dr.Muiz atau lebih manis Ana,sedang asyik melayari Internet diatas katil bersaiz 'queen' yang bercadarkan cadar merah jambu berbentuk hati dia itu.Dia asyik menaip-naip lagu lagu Korea bagi dimuat turun.Tiba-tiba secara tidak sengaja dia terbaca artikel 'Novel Jadi Jutawan' di salah satu blog milik rakannya itu.Baca sahaja tajuk, dia sudah terguling-guling kegembiraan.Memang nasib,cita citanya sejak umur 9 tahun lagi itu memang patang disebut,kalau tidak...."Hah? Novel kalau ada apa apa tentang novel kau bagi je tahu aku ni.Pakar novel!".Sejak dihadiahi novel pertamanya ketika berumur 9 tahun oleh rakannya yang bertajuk 'Aku Mahu Popular','Nota Adania' dan 'Aku,Dia dan Gosip' itu.Memang sukar dipercayai sudah 8 tahun dia menyimpan novel itu dan masih tidak jemu membacanya.

            Setiap kali harijadinya pasti "Papa,papa tahun ni beli 5 novel Ain Maisara boleh?".Haih.. lumrah hidup!Sedang asyik dia membaca,dia mendapat idea."Hah,inilah guna benda ni!", getus hati kecilnya.Dia terus berlari anak ke dapur bagi mendapatkan ibu kesayangan nya itu,Puan Nora."Hai, lain macam je lari ni ada apa ?",sindir Puan Nora". Ish,mama ni...orang tengah penat ni!".Rumah banglow 3 tingkat itu sememang nya boleh memenatkan sesiapa sahaja yang berlari."Ala..ala.. kesiannya anak mama seorang ni.Penat ya?".Lagi sekali sindiran yang lebih pedas dari Puan Nora."Ish,mama ni!Ni mama hari jadi orang 24 Mac ni kan?".Ana memulakan langkah pertamanya itu."Aah, mengapa?"soal Puan Nora."Ma...Ma.... boleh tak.. mama belikan novel Li.."Belum sempat menghabiskan ayatnya itu Puan Nora sudah menjawab."Hai, siapa punya karya pula kali ini Ain Maisara ,Lily Haslina ke Puan Nora punya?"."Mama!Ana serius ni!Ana betul teringin nak ada novel Lily Haslina yg terbaru tu apa nama benda tu..hah!'Awak Semanis Red Velvet!Dah la ada gambar Hyun Joong!Ala boleh la ma.......".segala pujuk rayu dikeluarkan jujur betul!"Kamu ini kan, kamu tahu yang Papa kamu itu teringin benar melihat kamu menjadi seorang doktor.Tak kan kamu nak hancurkan harapan Papa itu?Daripada baca novel tak berfaedah tu lebih baik baca buku teks kamu tu!"tegas Puan Nora."Alah mama.. memang lah Na tak nak hancurkan harapan Papa,tapi...Papa pun mana boleh sesuka hati paksa Ana!Lepas SPM nanti Ana fikir-fikirkan lah!Tapi sekarang ni Ana nak lepas kan tekanan dan stress yang cikgu cikgu bagi tu!Dan.....novel lah caranya!"Ariana sebolehnya memang tidak mahu mengikut kemahuan Mama dan Papanya itu."Hah,tahu pula yang Ana tu SPM!Dah tu mengapa lah sibuk sangat dengan novel tu!Mujur mama baik hati tak bakar saja novel yang bertimbun macam gunung kat dalam bilik Ana tu!Dah boleh buat perpustakaan dah!Ke Ana nak katil daripada novel pula". Ana yang mendengarnya sudah tersengih seperti kerang busuk."Kalau boleh nak juga",getus hatinya.Lalu dia pun menuju ke biliknya bagi menyiapkan kerja rumahnya yang telah ditugaskan oleh Cikgu Meirifa.

                                                 

                               

                                                              TO Be Continued....
                                                       

Back to top
Older Post
Newer Post